B. Indonesia

Pertanyaan

Maka kata bapanya, "Ada seekor kera, konon, bersahabat dengan anak saudagar. Beberapa pun dilarang oleh ibu bapanya, tiada juga didengar oleh kera itu, jadi ia beroleh kejahatan daripada tiada ia menuruti kata bapanya. Maka senantiasa hari anak kera itu pergi bermain-main dengan anak saudagar itu. Maka kata bapanya, "Hai anak-anakku, jangan engkau bersahabat dengan anak saudagar itu, kerana ia manusia, kita binatang!"

Maka segata pengajaran ibu bapanya tiada juga diturut oleh anak kera itu. Sekali peristiwa, pada suatu hari, maka anak kera itu pun bermain-main catur dengan anak saudagar itu. Maka kalah anak kera, menang anak saudagar. Maka anak kera itu pun marah lalu dihamburkannya buah catur itu kepada anak saudagar itu.

Syahadan, kepada masa itu orang pun banyak duduk di rumah saudagar itu, maka anak saudagar itu kemalu-maluan ia lalu dihunuskannya pisau daripada pinggangnya dan diparangkannya kepada anak kera itu. Maka anak kera itu pun melompat, kenalah hujung pisau itu pada lengannya, maka anak kera itu luka sedikit. Setelah itu, pisau itu pun dicampakkan oleh anak saudagar itu. Apabila dilihat oleh anak kera pisau itu tercampak di situ, lalu ia pun melompat mengambil pisau itu lalu dilontarkannya kepada anak saudagar itu, maka anak saudagar itu pun luka sedikit.

Sebermula, anak kera itu pun kembalilah ia kepada bapanya. Setelah dilihat oleh bapanya anaknya luka, maka kata bapanya, 'Kenapa engkau luka itu?"

Maka berceritalah anak kera itu segala perihalnya itu kepada bapanya. Maka kata bapanya, "Hai anakku, apakah kataku dahulu kepadamu? Sekarang janganlah lagi engkau bersahabat dan bermain-main dengan anak saudagar itu."
Buatlah sinopis dari cerita tersebut! Terimakasih

1 Jawaban

  • Ada seekor kera yang konon senang bermain dengan anak saudagar walaupun kedua orangtua anak saudagar dan orangtua kera melarang,mereka tidak mengindahkan perbedaan itu dan tetap bermain bersama

Pertanyaan Lainnya